Salam semua,
Kembali kita ke pelajaran bahasa jepun minggu ini. Lanjutan daripada pelajaran b.korea minggu lepas, minggu ini saya ingin terangkan perkara yang sama di dalam bahasa jepun pula iaitu tentang cara menyatakan 'saya okey' atau 'saya tak apa-apa'.
Mari lihat dialog ringkas di bawah.
B.Melayu
Nenek Midori : Kenapa tu Donchan?
Donchan : Saya terjatuh nek.
Nenek Midori : Donchan tak apa-apa?
Donchan : Saya okey.
B.Jepun
ミドリばあさん: どうしたのどんちゃん?(Doushitano Donchan?)
どんちゃん: 私こけちゃった。(Watashi kokechatta.)
ミドリばあさん: どんちゃん大丈夫?(Donchan daijoubu?)
どんちゃん: 大丈夫だよ。(Daijoubu dayo)
Begitulah kira-kiranya. Secara ringkasnya :
'Okey' di sini bermaksud baik dari segi keadaan fizikal dan mental seseorang dan bukan untuk benda bukan hidup, namun begitu boleh juga digunakan sebagai persetujuan di dalam sesetengah keadaan.
Contoh :
A: Di sini okey tak?
B : Situ okey.
A: ここは大丈夫ですか?(Koko wa daijoubu desuka?)
B:そこは大丈夫です。(Soko wa daijoubu desu)
Walaupun ayat ini seseolah menyatakan 'okey' dari segi tempat, namun sebenarnya ia menunjukkan persetujuan diri orang yang ditanya terhadap tempat tersebut dan bukannya tempat itu yang baik atau bagus.
Walaupun perkataan 'okey' itu universal untuk apa saja, namun 'daijoubu' tidak boleh digunakan secara total sebagai 'okey'. Ada had-hadnya seperti yang telah saya jelaskan di atas. Tapi kalau tersalah pakai pun orang tetap faham, cuma kurang sesuailah.
Okey sampai sini saja ya buat hari ini (<--'Okey' di dalam ayat ni tak boleh diganti dengan 'daijoubu' ya ;) ).
Jumpa lagi di pelajaran yang seterusnya.
それでは、またね。
勉強頑張ってください。
Konichiwa
No comments:
Post a Comment