snow

tab

" " "

Rawatan lulur cantikkan kulit ..

Rawatan lulur cantikkan kulit ..


Jika kulit terdedah dan dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan kecantikan seperti melulur atau menyental, struktur kulit boleh menjadi semakin pudar, kusam dan kelihatan lebih gelap walaupun asalnya, memiliki kulit cerah.

Justeru, kulit perlu dibelai dan dilindungi selalu apatah lagi penduduk Asia lebih terdedah kepada cuaca panas dan lembap sehingga boleh menyebabkan kulit tampak lebih gelap. Rawatan, lulur atau sental dikatakan punya keunikan dan kelebihan tersendiri untuk pencerahan kulit.


Namun, ada juga menggunakan produk perlindungan untuk kesan pencerahan dan kesan lebih drastik dengan lakukan rawatan teknik meluntur.

Bagi penjagaan kulit wajah jangka panjang, kaedah melulur atau menyental dilihat lebih praktikal dan selamat. Malah, cara penjagaan dan belaian kulit wajah seperti itu sudah diamalkan sejak dulu.

Sebelum wujudnya pelbagai rawatan moden, orang zaman dulu memilih teknik melulur menggunakan tumbuh-tumbuhan, pokok herba dan kekacang bagi mendapatkan impak pada kecantikan kulit. Ini kerana melulurkan kulit menggunakan bahan semula jadi tanpa mengandungi bahan kimia dapat menyalurkan khasiat terbaik terus ke dalam kulit.

Meluntur menggunakan cara moden pula diperluaskan dengan campuran penggunaan bahan lain seperti alpha arbutin, asid kojic, beta-arbutin, pati beras, mulberi, niacinamidevitamin C dan emblica yang didapati daripada buahbuahan seperti beri dan lemon. Sebelum ini, bahan digunakan berasaskan bahan semula jadi tanpa diproses seperti madu dan kunyit.

Kaedah rawatan lulur

Pengasas produk kecantikan berasaskan tumbuhan semula jadi, Foziah Mohd Foad, berkata melulur atau menyental bertujuan memberi kecantikan kulit secara menyeluruh.

Tujuan utama melulur bagi menanggalkan sel kulit mati mendap dalam liang poripori dan mengembalikan kebersihan kulit daripada kekotoran, sekali gus mampu memberikan warna kulit tampak sekata.

Katanya, berbeza menyental kaedah moden lazimnya, menggunakan krim siap sedia dan boleh digunakan terus pada tubuh tanpa perlu membuat bancuhan. Lulur secara tradisional pula ratarata dihasilkan dengan jenis serbuk diperbuat daripada bahan semula jadi dibancuh sebelum disental ke seluruh tubuh.

"Menyental kulit kaedah rawatan penjagaan kulit diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Sebelum kewujudan teknologi canggih, masyarakat zaman dulu membuat sendiri lulur badan menggunakan tumbuhan alam semula jadi.

"Tanpa mencampurkan bahan kimia, lulur tumbuhan semula jadi mampu memberi khasiat terus kepada kulit. Selain membersih dan mengembalikan seri kulit kusam, melulur juga membantu menjadikan kulit lebih tegang dan tidak berkedut. Menariknya, orang zaman dulu mencari bahan asli lalu membuat ramuan sendiri," katanya ketika ditemui, barubaru ini.

Bahan asli

Selain kesan pencerahan, melulur juga didapati menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap. Antara tumbuhan semula jadi sering digunakan orang dulu ialah hampas kelapa, beras pulut, nanas diparut, serbuk biji kopi, daun jambu batu, kunyit parut, asam jawa, kulit kayu manis dan kacang hijau,

Foziah yang juga pengasas dan pengeluar produk kecantikan tubuh dan rawatan Melayu tradisional, Safah Herbs Beauty Recipe berkata, setiap bahan semula jadi itu mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membaiki masalah kulit. Contohnya, hampas kelapa dikatakan dapat menghilangkan kulit kering dan bersisik, manakala beras pulut pula berfungsi untuk melicinkan dan memutihkan kulit.

"Kunyit parut dicampur dengan beras dikisar berfungsi memutihkan kulit. Mengandungi antiseptik, ia juga dapat memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih. Kandungan air asam jawa dicampur beras kisar mampu mencerahkan kulit akibat panahan matahari terutama selepas berjemur selepas mandi laut," katanya.

Bahan dipilih melakukan menyental bergantung kepada jenis kulit sama ada sensitif, berminyak dan kering, biasanya dialami orang Asia.

Kulit jenis sensitif amat sesuai menggunakan lulur hampas kelapa, beras pulut dan kunyit. Kulit berminyak disarankan menggunakan ramuan seperti nanas, kopi, asam jawa, kacang hijau, daun jambu batu dan kayu manis manakala kulit kering pula sesuai menggunakan semua bahan berkenaan.

Kepentingan lulur
* Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
* Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
* Menghilangkan warna kulit berbelang.
* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
* Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

CARA ORANG DULU LAKUKAN LULUR 
Hampas kelapa
* Menyental kulit untuk menghilangkan kulit kering dan bersisik.
Beras pulut
* Menyental untuk melicinkan kulit dan memutih secara semula jadi.
Nanas parut
* Menyental tubuh terutama kawasan kasar seperti siku, lutut dan buku lali.
Serbuk biji kopi
* Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar dan tubuh gelap terutama kawasan leher, ketiak dan celah peha.
Daun jambu batu
* Daun digiling halus disental untuk membersih kulit dan mengurangkan masalah jerawat badan.
Isi kunyit parut
* Dicampur beras kisar untuk memutih kulit, antiseptik dan memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih.
Asam jawa
* Air asam jawa dicampur beras kisar untuk mencerahkan kulit gelap akibat panahan matahari (selepas berjemur seperti mandi laut)
Serbuk kayu manis
* Bertujuan membersihkan tubuh daripada masalah bekas parut dan jerawat.
Kacang hijau
* Kisaran kacang hijau bagus membersihkan kulit kasar dan kusam.
Garam laut
* Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.




Saye Miss Farra Suke Blog



No comments: