Tafsir melihat orang mati dalam mimpi
Aku pernah mengalami mimpi ni. Sampai sekarang aku masih boleh ingat. Actually, selalunya aku akan lupa mimpi tu tapi yang ni tak pulak. Aku mimpi arwah nenek aku. Secara zahir, aku bukan la rapat sangat dengan nenek aku dulu. Tapi alhamdulillah aku boleh bermimpi kan arwah. Beberapa hari lepas mimpi tu, aku asyik terfikir ye. Nak sedap kan diri aku mengandaikan mimpi tu mainan tidur.Last-last, bila dah penat memendam rasa, aku pun cerita kat mak aku. Mak aku cakap Arwah wan (nenek) suruh aku beringat, jangan pernah sekali pun tinggal sembahyang. Lepas tu, selalu sedekah kan Al-fatihah untuk arwah dan kene rajin baca yasin untuk arwah. Attention please, mak aku tak tau tafsir mimpi-mimpi ni semua, apa yang die kata tu sekadar peringatan untuk aku ye. Heee
Jika seseorang melihat orang mati dalam keadaan baik dalam mimpi, maka ia memberikan harapan ia dalam keadaan baik.Jika seseorang itu melihatnya dalam keadaan yang lain, ini sederhananya ialah syaitan dalam bentuk orang. Syaitan-syaitan mengambil bentuk orang (manusia) dalam keadaan yang tidak disukai agar supaya membuat dukacita bagi manusia. Ini kerana syaitan sangat serakah melakukan sesuatu yang dapat membawa kepiluan (kepedihan), kecemasan dan kesedihan kepada orang-orang yang beriman.Jadi jika seseorang itu melihat sesuatu yang buruk pada seseorang yang telah mati dalam mimpi, ia harus mencari perlindungan kepada Allah dari kejahatan syaitan dan kejahatan terhadap apa yang ia lihat.Ia tidak boleh memberitahu mimpi itu kepada sesiapa pun yang berhubung dengan orang yang telah mati itu. Dengan begitu, orang yang telah mati itu tidak akan rugi (sengsara) apapun juga. Sebenarnya ketika seseorang melihat sesuatu yang mengganggu dalam mimpi, maka ia harus mencari perlindungan daripada Allah daripada kejahatan syaitan dan kejahatan apa yang dilihatnya. Kemudian ia harus meludah tiga kali ke sisi kirinya. Lalu ia harus mengubah sisi ketika ia tidur ke sisi yang lain. Jika ia mengambil wuduk dan mendirikan solat, itu lebih baik. Ia dilarang memberitahu mimpi itu kepada sesiapapun dan , dalam perkara ini , ia tidak akan dirugikan dengan mimpi itu sama sekali.
Syaikh Ibn Baz
Wallahualam..
Al-Fatihah untuk arwah Tok wan ,nek n abg pali..
No comments:
Post a Comment