snow

tab

" " "

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v




Ini hanyalah sekadar panduan untuk anda semua :)


♥ PENYEBAB ROSAKNYA BADAN 
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

♥ MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).

♥ MENGGELAPKAN PANDANGAN
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpaalas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

♥ PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

♥ PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah , jujur , dermawan , membaca qur'an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa . PERASAAN BENCI perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong , dengki , berdusta dan suka mengadu domba.

♥ PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh),! membaca surah Al-Waaqi'ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

♥ PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

♥ LUPA DAN LEMBAB
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam , tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

♥ KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati , sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Petikan dari buku Cara Rasulullah SAW mengelak dan menyembuhkan penyakit .
(Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)  



Saye Miss Farra Suke Blog



No comments: