Asah jambu batu dan kemenyan dalam piring pasu dengan sedikit air. Air asahan perlu pekat supaya mudah melekat apabila disapu ke muka. Selepas disapu, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air bersih.
Amalkan setiap hari. Selain melicin dan melembutkan kulit wajah, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat.
Cairkan satu sudu besar susu manis bersama sedikit air panas. Dengan menggunakan kapas, ratakan bancuhan itu ke seluruh muka. Biar kering sebelum dibilas.
Selain menjadikan kulit bersih dan halus, ia juga dapat mengelakkan kulit daripada ditumbuhi tompok-tompok hitam.
Ambil segenggam daun pegaga. Tumbuk sehingga hancur dan campur sedikit air. Selepas itu campurkan bedak sejuk. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka setiap malam sebelum tidur.
Ambil tiga sudu madu lebah asli. Campur dengan perahan air limau nipis dan kuning telur. Kacau bahan itu sehingga sebati dan sapukan ke muka. Biar kira-kira 20 minit atau sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.
Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi. Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru. Lakukan beberapa kali.
Ambil segenggam pulut hitam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk hingga halus dan ayak supaya mendapat serbuk halus. Bancuh serbuk halus itu bersama air. Kemudian tumbuk 10 helai daun jambu batu dan campur dengan bancuhan serbuk pulut hitam tadi.
Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan muka. Biarkan 10 minit. Gosok dan terus mandi. Kulit akan terasa halus dan licin. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.
Didih susu cair dan biarkan suam. Sapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Selepas itu basuh muka dengan air suam.
Ambil sehelai daun sirih yang sudah dibersihkan. Gosokkan daun sirih itu antara kedua-dua tapak tangan. Ia akan mengeluarkan air dan sapukan ke muka dan buat begitu beberapa minit. Kemudian basuh. Kesannya amat baik.
Ambil cekur sebesar ibu jari. Giling sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk. Selepas itu sapukan ke muka dan biar selama 15 minit.
Apabila kering, gosok dengan kain putih lembap supaya kotoran di muka tanggal. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika rajin mengamalkan petua ini, kulit muka menjadi licin dan tidak berminyak.
Ambil kulit telur yang sudah dibersihkan. Kisar atau tumbuk sehingga halus seperti debu. Bancuh dengan bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke muka yang dibersihkan. Sambil menyapu bedak tadi, urut kulit muka perlahan-lahan dengan lembut.
Jadi kepada anda yang mempunyai masalah kulit wajah kasar, bolehlah mencuba petua di atas. Manalah tahu kalau satu hari nanti wajah anda akan kelihatan berseri-seri walaupun usia anda sudah pun menjangkau 50 tahun. Pasti ramai di kalangan rakan-rakan dan saudara mara anda yang terkejut dengan kulit muka halus, gebu dan licin yang anda hasilkan.. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment