snow

tab

" " "

~Bahasa Korea~

~Bahasa Korea~


Aku okey bro!


Salam semua dan 안녕하세요! 

Selamat bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu frasa yang seringkali digunakan di dalam perbualan seharian. Frasa tersebut adalah 'kau ok ke?' atau di dalam bahasa koreanya 'gwaen-chanh-a-yo?".

Barangkali sudah ramai yang tahu akan frasa ini. Baguslah, moga lepas ini akan lebih tahu lagi kan. Untuk yang baru tahu, saya akan kongsikan serba sedikit ya.

Perkataan akar untuk frasa ini ialah :

괜찮다 (gwaen-chanh-da)

baik, selamat, okey, tak apa-apa

Apabila digunakan di dalam ayat, bentuknya berubah mengikut jenis ayat dan tatabahasanya. Mari kita lihat contoh di bawah.

Ayat formal biasa

Awak okeykah?

괜찮으세요?(gwaen-chanh-eu-se-yo?)

Ayat sopan biasa

Awak okey?

괜찮아요? (gwaen-chanh-a-yo?)

 Ayat tak formal


Kau okey?

괜찮아? (gwaen-chanh-a?)

Kalau kita lihat, kata subjek seperti 'saya', 'awak', dan 'kau' sering digugurkan di dalam ayat. Ini adalah kerana apabila ianya sudah jelas yang perbualan itu ditujukan kepada seseorang, maka tidak perlu sebut subjeknya lagi. Ini sedikit berbeza dengan bahasa melayu yang biasanya kita sebut juga subjeknya walaupun dah jelas.  

Selain daripada bentuk-bentuk di atas, banyak lagi bentuk-bentuk lain yang boleh disesuaikan dengan perkataan ini. Boleh dikatakan yang ini di antara yang paling biasa digunakan. 

Sebelum kita berhenti, mari lihat penggunaan frasa ini di dalam dialog ringkas di bawah. 

B.Melayu

Hakimi : Kau tak apa-apa? 
Raina : Saya tak apa-apa.
Hakimi : Betul ni?
Raina : Betul, saya okey. Janganlah risau.  

B.Korea

하김이: 너 괜찮아? (neo gwaen-chanh-a?)
라이나: 제가 괜찮아요.  (je-ga gwaen-chanh-a-yo)
하김이: 정말?  (jeong-mal?)
라이나: 네, 정말 괜찮아요. 걱정하지마세요.  (ne, jeong-mal gwaen-chanh-a-yo. geog-jeong-hajimaseyo)

*Hakimi menggunakan bentuk tak formal manakala Raina menggunakan bentuk sopan biasa

Saya harap boleh faham ya. Kalau tak faham sila2kan bertanya. Kalau saya tak boleh jawab, mungkin ada pembaca2 lain yang lebih tahu boleh tolong jawabkan. 

Ok sampai di sini saja untuk kali ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ya. 
Sampai jumpa lagi. 

안녕히가세요!




                                                    AnnyeongHaseyeo <3









Saye Miss Farra Suke Blog



No comments: